18 November 2009

~Bab 10~


           Seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 50-an dan bermisai lebat dengan muka yang serius berjalan turun mengikuti Ewan datang menghampiriku.Dia berpakaian seperti ingin ke pejabat.Aku lantas bangun tanda hormat dan bersalaman dengannya.

"Uncle. Ni la Azrika.." Ewan memperkenalkan aku kepada Uncle Bad yang memandangku tajam seolah-olah aku ada melakukan suatu kesalahan.

"So. Awak la Azrika. Silakan duduk.." kata Uncle Bad sambil duduk.

"Terima kasih.." ucapku selepas bersalaman dengannya lalu duduk. Begitu juga dengan Ewan yang duduk di sebelah sofaku.
"Ewan selalu cerita pasal kamu kat uncle. Ewan ni jarang cerita pasal perempuan. Especially special girl like you. Uncle sendiri pun tak sangka yang dia dah ada buah hati.." kata Uncle Bad yang tiba-tiba tersenyum membuatkan aku mula rasa senang hati dengan kelakuannya itu.

        Aku membalas senyumannya itu.Uncle Bad lantas memulakan bicara dengan menanyakan latar belakang keluargaku tetapi tidak lama kerana dia ada hal di luar yang terpaksa diselesaikan dengan segera. Minuman yang dihidangkan Mak Som juga tidak sempat dirasanya.
.............................................................................
  

"Ika. Mari.  Saya nak tunjukkan awak sesuatu.." ajak Ewan sambil berdiri memandangku ketika aku minum dan menjamah biskut yang dihidangkan selepas hampir sepuluh minit Uncle Bad keluar.

"Apa..?" tanyaku hairan.
"Mari la. Saya nak ajak awak masuk bilik saya kejap. Ada something yang saya nak tunjuk kat awak.." kata Ewan tersenyum membuatkan aku rasa ragu-ragu.
       
        Aku menolak pelawaannya pada mulanya kerana fikir dia ingin melakukan sesuatu yang tidak baik terhadapku tetapi setelah dia mengatakan Mak Som juga akan ikut bersama,aku setuju. Aku naik dan masuk ke dalam biliknya bersama-sama dengan Mak Som.Aku duduk di atas katilnya yang empuk sementara Ewan mengambil sesuatu dari laci meja tulisnya.Mak Som pula membersihkan bilik itu yang kelihatan bersepah sedikit dan membiarkan kami berdua berbual.

"Ni la gambar mama dan papa saya.." kata Ewan lalu duduk di atas sofa yang berdekatan dengan katilnya sambil memberikan aku sebingkai gambar.

"Yang tengah-tengah ni..?" tanyaku apabila melihat dua orang budak lelaki yang di tengah-tengah mama dan papa Ewan yang sama tinggi.

"Yang sebelah kiri tu saya. Yang kanan tu adik saya, Reza. Arwah papa kata mama hilang dengan Reza. Nahas kapal terbang. Masa tu mereka berdua nak balik kampung atuk saya kat Pahang. Atuk sakit. Mama tak dapat nak bawa saya sebab masa tu saya sekolah. Umur saya baru sepuluh tahun jadi saya ditinggalkan dengan Mak Som. Papa pun tak dapat nak ikut juga. Sebab dia kena pergi Singapore. Ada urusan bussiness kat sana. Saya ingat lagi sebelum mama dengan Reza pergi. Mama ada pesan. Jangan nakal-nakal. Jadi budak baik sepanjang mama tak ada. Mama peluk saya. Kalau la saya tahu nak jadi semua tu. Saya akan balas pelukan mama tu erat-erat. Saya sangat rindukan mama dengan Reza. Tapi nak buat macamana kan. Allah lebih sayangkan mereka berdua.." luah Ewan tersenyum kelat.

        Aku mendengar luahannya dengan penuh perasaan tanpa aku sedar air mataku jatuh membasahi pipi disebabkan sifatku yang mudah tersentuh lebih-lebih lagi dengan perkara yang menyedihkan itu.Ewan lantas mengambil sehelai tisu dari atas meja tulisnya dan mengelap pipiku yang sedikit basah itu.

"Terima kasih.." ucapku perlahan lalu memegang tisu itu.
        Ewan melutut di hadapanku dengan perlahan sambil memegang kedua-dua belah tanganku dengan erat.

"Ika. Sebelum awak hadir dalam hidup saya. Saya hidup dalam kegelapan. Walaupun saya hidup dalam kemewahan ni semua. Semua orang ingat duit lebih penting dari segalanya. Tapi sebenarnya mereka tak tahu. Kasih sayang yang saya cari. Awak la orang yang telah beri saya kasih sayang tu. Ika..saya benar-benar cintakan awak dan saya harap hubungan kita ni akan kekal sampai kita kahwin. Sampai ke akhir hayat kita berdua.." kata Ewan dengan bersungguh-sungguh sambil memandang tepat ke arahku.

"Insyaallah Ewan. Kalau ada jodoh antara kita. Kita akan kahwin em..?" anggukku tersenyum.

"Sudah la tu Ewan. Perkara dah lepas. Buat apa la nak dikenangkan lagi. Yang lepas tu biar la lepas.." celah Mak Som dengan tiba-tiba sambil tersenyum memandang kami berdua.

"Hem. Betul kata Mak Som tu Ewan. Awak kena sentiasa tabah ya!.
Life must go on. Jangan risau. Saya kan ada. Saya akan sentiasa berada di samping awak walau apa pun yang terjadi k.? emm. Boleh saya tahu. Macamana papa awak meninggal..?" tanyaku. Entah mengapa tiba-tiba saja terpancul pertanyaan itu dari mulutku.Mungkin aku terasa ingin tahu kerana Ewan belum menceritakan mengenai kematian arwah ayahnya yang baru meninggal lebih kurang tiga bulan yang lalu.

"Papa ada sakit jantung. Kali terakhir dia bersama dengan
Uncle Bad. Uncle Bad kata serangan jantung papa tu datang dengan tiba-tiba masa mereka tengah main golf. Jadi dia tak dapat nak diselamatkan. Saya tak sempat nak berbual dengan dia sebab saya ada mengikuti latihan praktikal di Johor time tu.."

        Ewan memberhentikan katanya dan berlalu pergi ke meja tulisnya sambil mengeluarkan sebuah novel. Dia kembali semula menghampiriku.

"Tapi sehari sebelum arwah meninggal. Dia ada berikan ni..." sambung Ewan sambil menghulurkan kepadaku sebuah novel bertulisan Bahasa Inggeris yang bertajuk 'You Are My Hero' tulisan Steven Mark.Aku segera mengambil novel itu dari tangannya.

Ewan lantas duduk di sebelahku.

"Saya dah baca novel ni. Dulu. Masa tu umur saya 16 tahun. Sebab hobi saya dulu memang suka baca novel. Saya sendiri pun tak tahu kenapa saya suka baca novel. M
aybe sebab ni salah satu hobi mama kot. hmm. Setiap bulan papa mesti belikan satu novel untuk saya. Saya pun tak tahu kenapa dalam banyak-banyak novel yang ada. Novel ni yang papa bagi pada saya. Cerita ni mengenai seorang lelaki yang menyelamatkan kekasih hati dia dari jadi mangsa bunuh seorang lelaki kejam yang hanya bertopengkan manusia. Maybe papa nak saya lindungi kekasih hati baru saya ni kot.." gurau Ewan tersenyum sementara aku membelek-belek buku itu.Muka suratnya hampir mencecah 500 muka tebalnya.

"Saya nak pinjam boleh..?" tanyaku kerana ingin tahu juga cerita selanjutnya mengenai novel ini.

"Boleh. Ada banyak lagi kat atas rak tu. Awak pilih je. Saya kasi pinjam.." angguknya sambil menunding jari ke arah rak yang berada di dinding hujung katilnya itu. Kelihatan berpuluh-puluh novel tersusun rapi di atas rak tersebut.

"Terima kasih..hmm. Saya pinjam novel ni dulu la. Nanti lepas habis baca novel ni saya pinjam lagi k!.. emm. K la awak. Dah lewat ni. Nanti papa dengan mama saya risau pula. Lagipun esok saya ada kelas.." kataku sambil melihat jam di pergelangan tanganku lalu bangun.

"Hem. Okey. Tapi sebelum tu saya nak kenalkan awak dengan
best friend saya.." kata Ewan tersenyum.

"
Best friend?Siapa?Tak pernah cerita pun.." tanyaku pelik.

"Puteh.."
"Puteh..?" tanyaku yang agak terkejut dengan nama kawan baiknya itu.

"Hem.." angguk Ewan yang tiba-tiba tertawa kecil.

        Aku dibawa Ewan melihat kawan baiknya itu.Rupa-rupanya Puteh ialah nama kucing peliharaannya yang diberi nama sempena badannya yang berwarna putih dan bersih.Puteh dibela oleh Ewan sejak dari kecil lagi.Katanya,dia menjumpai Puteh yang sedang kelaparan semasa melalui satu kawasan yang berdekatan dengan rumahnya.

        Akhirnya Ewan menghantar aku pulang.Sungguh sayu kehidupan Ewan. Aku patut bersyukur dengan apa yang Allah S.W.T telah kurniakan kepadaku selama ini.. ya..!memang betul kata Ewan. DUIT BUKAN SEGALA-GALANYA..yang penting kegembiraan dan kebahagiaan.
.............................................................................
"Ika. Macamana pak ngah Ewan..?" tanya mama setelah menjawab salamku yang sedang duduk bersendirian menonton televisyen ketika aku mahu menutup pintu utama.

"Okey ma.." anggukku tersenyum.

"Em. Bagus la kalau macam tu. Nanti ajak la Ewan dengan pak ngah dia datang rumah pula ya.." pesan mama.

"Insyaallah mama.."

        Aku masuk ke dalam bilik lalu meletakkan novel yang aku pinjam dari Ewan tadi itu ke dalam laci meja tulisku.Mungkin nanti bila aku ada masa baru aku akan baca.Aku tidur agak lewat kerana menyiapkan kertas kerja yang diberikan pensyarah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers