19 November 2009

~Bab 11~



        "Good morning Ika!" ucap Hana ceria.

"Good morning. and happy birthday to you. Sorry present aku tak beli lagi la tapi aku janji aku akan beli hari ni k?.." ucapku. Aku terlupa membeli hadiah untuk Hana sedangkan aku sudah ingat seminggu sebelum tarikh hari jadinya lagi.

"Thank you. Ingat juga kau kat birthday aku ek?. It's okay. Aku tak kisah. Tak ada hadiah pun tak apa.. emm. Mana Ewan? Buah hati kesayangan kau tu.." tanya Hana sambil memandang sekeliling.

"Entah la. Dia masuk lewat sikit kot hari ni.." jawabku yang dari tadi menunggu Ewan tetapi masih belum muncul-muncul lagi.
"So macamana semalam? Okey..?" tanya Hana kerana aku telah memberitahunya tentang perjumpaan Ewan dengan keluargaku. Begitu juga perjumpaanku dengan Uncle Bad.

"Alhamdulilah. Semuanya berjalan dengan lancar. Dia baik dengan mama and papa aku. Pandai hormat orang tua.." pujiku ikhlas.
"Em. Okey la tu. Tak macam si Anif tu. Bila nak bawa aku jumpa mak bapa dia pun aku tak tahu.." kata Hana dengan nada sedikit hampa.

"Em. Tapi tu la. Aku tak sempat nak borak panjang dengan pak ngah dia. Biasa la bussiness man. Kau tahu je la kan macamana sibuknya.." kataku yang juga sedikit hampa kerana tidak dapat mengenali Uncle Bad dengan lebih dalam.

"Ala. At least kau ada jumpa dengan pak ngah dia tu kan? Anyway. Malam ni family aku nak buat birthday party untuk aku. So aku nak jemput kau dengan Ewan datang.. Macamana? Boleh tak..?"
"Patut la happy je. Nak buat jamuan hari jadi rupanya. Malam ni ya.. hmm…" aku cuba berfikir sekiranya aku ada rancangan lain pada malam ini.

"Kau ajak la si Ewan tu sekali. Boleh la. Please. Tak best la kalau korang berdua tak ada.."

"Okey. Nanti aku tanya Ewan. Kalau jadi. Kami datang malam ni k!..?"
"Macam tu la. Okey la. Aku ada kelas ni. Kau..?"
"Aku pukul 9 nanti. Aku nak tunggu Ewan kejap.." jawabku sambil beberapa kali melihat jam di pergelangan tangan kiriku. Aku masih risau kerana Ewan tidak pernah datang lambat ke kampus.

"Em. Okey la. Aku pergi dulu ya. Jangan lupa beritahu Ewan tau! bye.." kata Hana sambil melambai tangannya.

"Okey bye.." balasku melihat Hana berlalu pergi.
        Selepas beberapa minit aku menunggu,kelihatan Ewan muncul dengan senyuman manisnya.

"Hye. Good morning my princess.." ucap Ewan sejurus berada di hadapanku.

"Good morning.." balasku yang
pelik dengan kelakuannya hari ini.

"This for you.." kata Ewan sambil menghulurkan sekuntum bunga mawar merah kesukaanku yang disorokkan di belakangnya lalu duduk di kerusi menghadapku.

"For me?But. Why..?" tanyaku sedikit terkejut sambil mengambil bunga itu lalu menghidunya.Harum bak seharum kasturi.
"Sebab awak sudi mendengar luahan hati saya semalam.."

"Owh..
so. Sebab sekuntum bunga ni la awak lambat ya..?"

"Ya. Puas saya cari mawar merah kesukaan awak ni. Akhirnya jumpa juga.." balasnya lembut.Aku pernah memberitahunya mengenai bunga kesukaanku itu dahulu.

"Terima kasih. Awak ni. Tak payah la susah-susah beli saya bunga ni lagi. Awak buat saya risau tau tadi.." kataku.

"K k
sorry.. Saya janji saya tak kan lambat lagi. Tapi kalau saya lambat juga saya akan call dulu okey!" kata Ewan sambil mengangkat tangan kanannya lagak orang sedang berikrar.

"Janji tau!and one more thing. Hana jemput kita datang rumah dia malam ni sebab family dia nak buat birthday party untuk dia.." kataku yang teringat akan pesan Hana sebentar tadi.

"Owh. Hari ni hari jadi dia ke..?" balas Ewan hairan.

"Hem. S
o awak boleh pergi rumah dia tak malam ni..?"

"Boleh. Kalau awak pun boleh.." jawab Ewan tersenyum manja.

"Saya
of course la boleh. So nanti teman saya pergi beli present kat dia tau! Sebab saya tak beli lagi la. Lupa.." tambahku lagi.

"Okey. Nanti kita pilih sama-sama ya..?” angguknya.

"Okey..em. k la saya nak masuk kelas ni. Nanti lambat pula gara-gara awak. T
hank's again for this flower. Bye..!" kataku lalu bangun.

"Awak.
I love you.." ucap Ewan sebelum aku mengangkat beg sandang dan failku.

"
I love you too.." balasku seiring dengan senyuman dan berlalu pergi meninggalkannya di situ.

.............................................................................
        Malam itu Ewan menjemputku.Kami tiba di perkarangan rumah Hana yang penuh dengan tetamu-tetamu terhormat yang mungkin rakan seperniagaan ayahnya dan disertakan juga dengan pemain piano jemputan untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

"Hai. Lama tak jumpa..?" tanya Anif tersenyum ketika melihat aku bersama dengan Ewan menghampirinya.

"Hai. A'ah. Lama tak jumpa awak Anif. Y
ou are look gorgeous now.." pujiku yang agak lama juga tidak bertemu dengan Anif.

"Tengok la siapa buah hati pengarang jantung dia ni.." gurau Hana yang tiba-tiba muncul dengan memegang bahuku dari arah belakang sambil bibir tersenyum ceria.

"Hana. H
appy birthday. Nah. Ni hadiah dari aku dengan Ewan. Kami beli last minute tau!" aku menghulurkan hadiah itu kepada Hana lalu segera diambilnya.

"Owh. T
hank you. Apa ek? Mahal tak..?" tanya Hana sambil mengoncang-goncang perlahan kotak yang dibalut kemas itu.

"Murah je. Kami beli kat kedai seringgit sembilan yang dekat dengan kasut Al-ikhsan tu.." gurau Ewan yang membuatkan kami semua tertawa kecil.
"Sayang. Ni la buah hati Ika yang ayang cakap kat sayang hari tu.. Ewan.." Hana memperkenalkan Ewan kepada Anif yang belum bertemu lagi dengannya.

"Owh. Awak la Ewan.." kata Anif tersenyum angguk.

Mereka bersalaman.

"Ya saya. Jadi awak ni la Anif. Yang selalu mengalah dengan sikap Hana ni..?" gurau Ewan lagi.

"Eh. Mana ada? Memang salah dia la.." celah Hana.Kami bertiga hanya tersenyum dengan gelagatnya itu.

"Biasa la Ewan. Orang perempuan ni pantang kena tegur sikit. Mula la nak merajuk. Lepas tu apa lagi. Kita kena pandai la pujuk.." balas Anif tertawa kecil.

"Yela tu..em..Ika jom!. Aku nak kenalkan kau dengan anak kawan papa aku.." ajak Hana sambil menarik tanganku.

        Aku mengikuti langkahnya dan aku sempat membuat pergerakan mata dan kening pada Ewan tanda memberitahunya.Dia mengerti lalu mengangguk tersenyum.

        Aku diperkenalkan dengan anak rakan seperniagaan ayahnya Hana manakala Ewan masih terus berbual -bual dengan Anif. Sekali sekala Ewan sempat menjeling ke arahku. Begitu juga denganku.
.............................................................................
"Hai Ewan..?" sapa seorang wanita yang kelihatan agak cantik dan bergaya yang tidak aku kenali.Wanita itu yang kelihatan teruja melihat Ewan.

"Zila? Right..?" tanya Ewan perlahan seakan sedang cuba mengingati sesuatu.

"Hai. Dah tak kenal I ke..?" tanya wanita itu dengan lagaknya.

"Owh sorry. Zila you. You nampak lain la. Tak sangka pula boleh jumpa you kat sini.." jawab Ewan seakan mengenalinya.

"Ya. I wakilkan father I. Dia tak dapat nak attend majlis ni. Father I bussiness partner dengan Datuk Manan.." balas Zila.

"Owh..I see.." angguk Ewan faham.

"So. You dah makin handsome ya sekarang..?" tambah Zila lagi.

"Tak ada la. Biasa je. Sama macam dulu. You pun apa kurangnya, dah makin cantik I tengok.. hmm. You buat apa sekarang ni..?" tanya Ewan.

"I baru balik dari London. Baru je minggu lepas. I lepas ni kena manage company papa I tu. How about you?  Macamana you boleh kenal dengan Datuk Manan..?"

"Eh. Sebenarnya I tak kenal pun Datuk Manan tu. Anak dia tu kawan kampus I. I still belajar. Tak lama lagi nak grad. Lepas tu kena uruskan syarikat arwah papa pula.." jawab Ewan.

"Owh. I heard that. Papa I ada cakap. Papa you has been past away 3 month ago right?  So I'm sorry for that.." kata Zila bersimpati.

"Owh it's okay. I ingatkan you dah tak nak balik Malaysia lagi.." balas Ewan.

"Eh. Tak ada la. W
ho said? I still remember here.. alway's. Including you.." jawabnya dengan pandangan sesuatu maksud.

"Owh.." Ewan seakan hairan dengan kata-kata Zila itu.

"
Anyway. You datang dengan siapa ni? Sorang je ke?” soal Zila setelah menyedari Ewan terdiam dengan kata-katanya tadi itu.

"Owh. No..I datang dengan girlfriend
I.." jawabnya.

"
Girl..friend..you..?" tanya Zila seakan terkejut apabila terdengar perkataan itu.

"
Yes. Tu..Dia ada kat hujung sana tu. Sekejap ya..I pergi panggilkan dia.." kata Ewan sambil menunding jarinya ke arahku.

"Okey.." balasnya setelah melihatku.

        Ewan menghampiriku yang berpura-pura sedang berbual dengan kawan sepengajianku yang lain.Tidak mahu dia sedar aku sedang memerhatinya dari tadi lagi.

"Ika. Mari saya nak kenalkan awak dengan kawan lama saya.." ajak Ewan.

"Siapa..?" aku sengaja bertanya sedangkan aku tahu siapa yang dimaksudkan oleh Ewan itu.

"Zila. Tu. Dia baru je balik dari London tau!. Mari la.." tunjuk Ewan lalu mengajak aku bertemu dengan Zila yang dari tadi hanya melihat kami berdua dari jauh.
        Aku hanya menuruti kemahuannya.Kami berjalan seiringan menghampiri Zila.

"Ika ni Zila. Zila ni la Ika. G
irlfriend I.." Ewan memperkenalkan kami berdua.

"
So Ika ya. Nice to meet you.." ucap Zila sambil menghulurkan tangan.

"Ya. N
ice to meet you too.."

Kami bersalaman.

"Dah lama kenal Ewan..?" soal Zila.

"Hmm. Ada la. Lebih kurang 3 bulan.." jawabku sesekali memandang wajah Ewan.

"Owh. Y
ou are so lucky la Ika. Sebab Ewan ni seorang yang caring.. jujur..and setia. Especially pada orang yang betul-betul dia sayang.." kata Zila sambil memandang Ewan.

        Aku hanya tersenyum dengan kata-katanya namun seperti ada makna di sebalik kata-katanya itu.

"Okey la Ewan.
I dah lambat ni. I have to go. By the way.. this my card.." kata Zila sambil menghulurkan sekeping kad kepada Ewan yang diambil dari dalam tas tangannya.

"Oh. Okey.." balas Ewan sambil meneliti kad yang diberikan Zila itu.

"Okey.
I pergi dulu. Harap-harap nanti kita boleh jumpa lagi..I pergi dulu ya..bye..bye Ika.." senyumannya yang penuh berahsia membuatkan aku tertanya-tanya.

"
Bye.." aku melambai bersahaja.

        Zila berlalu pergi menaiki kereta
Mercedes Band yang dipandu oleh seorang lelaki yang berpakaian seragam lengkap dengan topi mungkin pemandu peribadinya.Tekaku.

"Siapa tu? Tengok macam dah lama kenal je.." tanyaku pada Ewan yang masih meneliti kad Zila itu.

"Kawan lama saya masa belajar kat sekolah menengah dulu. Dekat lima tahun juga la kami tak jumpa.." jawab Ewan tanpa memandang wajahku.
"Owh..cantik..." kataku yang mula merasa cemburu sambil mengambil kad di tangan Ewan itu.Aku segera meneliti isi kandungannya.

Nur Syazila Datuk Hisham
Syarikat Suria Sdn.Bhd.
No. 017 4598017

"Ya cantik. Tapi tak secantik orang yang berada di depan saya ni..." balas Ewan sambil tersenyum ke arahku.

"Awak ni. Nah la,ambil balik. Jom!. Kita masuk dalam. Tengok Hana potong kek.." ajakku yang malas untuk berprasangka buruk terhadap Ewan.Aku menghulurkan kembali kad itu kepadanya.

"Okey. Jom!. Saya pun dah lapar sangat dah ni.." gurau Ewan sambil memegang-megang perutnya.

"Ada-ada je la awak ni.." gelengku tersenyum dengan gelagatnya itu.

        Majlis hari jadi Hana disambut dengan meriah.Kata Hana, Anif telah menghadiahkannya seutas rantai berlian sebagai hadiah hari jadinya.Sungguh cantik ukirannya dan aku agak terkejut juga setelah mendapat tahu harga rantai itu hampir mencecah lima ribu ringgit. Mungkin tidak pada Anif yang merupakan ketua pengurus dan juga anak kepada pemilik sebuah syarikat perkapalan yang terkenal. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers