21 November 2009

~Bab 15~

        "Ika. Sebelum uncle cakap. Uncle nak Ika rahsiakan pertemuan kita ni. Uncle tak nak Ewan tahu.." kata Uncle Bad setelah air pesanan kami sedia dihidangkan oleh pelayan di situ.

"Hem. Okey. Apa yang
uncle nak cakapkan tu..?" soalku yang malas untuk berteka-teki lagi.

"
Uncle nak Ika jauhi Ewan.." jawabnya ringkas dan serius.

"Jauhi Ewan? Tapi kenapa
uncle..?" aku agak terkejut dengan permintaannya itu.

"Ewan tak sesuai dengan Ika
dan Ika tak padan langsung dengan Ewan. Macam langit dengan bumi. Jauh bezanya. Anyway.. uncle pun dah ada calon yang lebih sesuai dan layak untuk dia.." tambah Uncle Bad lagi membuatkan aku benar-benar terasa sakit hati dengan kata-katanya itu.

"Siapa?"tanyaku perlahan.

"Zila. Anak Datuk Hisham. Pengarah dari
bussiness partner Syarikat Mewah Holding.." jawabnya.

"Ewan tahu..?" tanyaku lagi yang agak terkejut apabila nama Zila disebut sebagai calon pilihan
Uncle Bad itu.Tidak sangka.
"Belum. Tapi uncle tahu dia tentu tak kan setuju dengan pilihan uncle ni kerana.." kata Uncle Bad lambat-lambat.

"Kerana apa?" tanyaku pantas.

"Kerana di mata Ewan hanya ada Ika.." jawab
Uncle Bad dengan nada sinis.

"
Uncle. Kenapa dari awal lagi uncle tak halang Ika jumpa dengan Ewan? Bahkan. Uncle jemput Ika datang rumah. Kenapa uncle..?" tanyaku inginkan kebenaran.

"
Uncle tak nak Ewan syak yang bukan-bukan. Uncle tahu. Hanya Ika yang Ewan cinta sekarang ni and Ewan tak kan dengar cakap uncle. So I hope you understand what I mean. Ika cakap je berapa yang Ika nak untuk lepaskan Ewan. Uncle boleh bagi.." katanya sambil mengeluarkan buku cek dan sebatang pen dari dalam kocek kotnya.

"Ika faham
uncle. Ika tahu. Ika memang tak sesuai dengan Ewan. Baik. Kalau itu yang uncle nak. Ika akan jauhi Ewan. Tapi satu je yang Ika nak ingatkan. Kita sebagai manusia semua sama je di mata Allah.  BUKAN KAYA ATAU MISKIN. Tapi yang penting. Pegangan kita padaNya. By the way. Uncle simpan je la cek tu. Cinta Ika pada Ewan bukan kerana duit dia. I'm not like that. Baik la. Ika pun dah lewat ni. Terima kasih kerana sudi belanja Ika minum. Ika pergi dulu ya Datuk Syed Badrul Sulaiman. Assalamualaikum.." balasku lalu bangun.

        Aku meninggalkan tempat itu dengan alasan aku sudah lewat tetapi sebenarnya aku tidak tahan dihina seperti itu lagi.Tidak tahan.
.............................................................................

    Pada malam itu,panggilan telefon dan sms daripada Ewan aku tak endahkan.Mungkin benar juga apa yang dikatakan Uncle Bad petang tadi. Aku tidak sesuai bergelar kekasih Ewan.

'Tuk! Tuk!'
        Ketukan pintu mengejutkan aku yang sedang melihat bulan terang bersinar di tepi jendela sambil menghidu keharuman bunga mawar merah yang diberikan Ewan dahulu. Aku lantas membuka pintu dan melihat mama sedang memandang ke arahku.

"Ika. Jom turun makan. Mama dah siap masak.." ajak mama tersenyum manis.

"Nanti la ma. Ika tak lapar lagi la.." balasku yang sememangnya hilang selera makan disebabkan perjumpaan yang tidakku duga pada petang tadi itu.

"Kenapa ni? Ika gaduh dengan Ewan ya..?" tanya mama cuba meneka.

"Tak ada la ma. Ika baik je dengan dia. Mama..emm.. macamana mama kenal dengan papa..?" Aku segera tukar topik sambil duduk di atas katil.Tanganku pula sengaja membelek-belek majalah.

"Hmm. Kami terjumpa kat kedai kasut. Masa tu mama buat kerja part time kat situ. Papa pula datang nak beli kasut. Tiba-tiba je mama terlanggar papa.." jawab mama yang juga turut duduk di atas katilku.

"Lepas tu..?" tanyaku tak sabar menunggu.

"Lepas tu. Three la.." mama cuba berjenaka.

"Mama.." aku tarik muka membuatkan mama tertawa kecil.
"Emm.. Lepas tu. Papa cuba la nak tackle mama. Siap minta nombor phone lagi tau! And time tu pula mama kan single and available.." tambah mama lagi sambil mengusik hidungku.

"Tok wan dengan opah setuju..?" tanyaku lagi.

"Mesti la. Ika. Restu orang tua tu penting tau. Kalau tanpa restu mereka. Kita tak kan bahagia walau dengan siapa pun kita bersama. Emm. Kenapa Ika tanya mama ni? Pak ngah Ewan tak suka ke Ika kawan dengan dia..?” soal mama yang mula merasa hairan dengan pertanyakanku tadi itu.

"Eh. Tak la ma. Saja Ika nak tahu. Okey la ma. Mama turun dulu. Nanti Ika turun ek.?!" jawabku tersenyum kelat lalu segera bangun.
"Okey la anak mama sayang ni. Cepat sikit tau!. Nanti kalau sejuk dah tak sedap masakkan mama tu.." pesan mama sambil mengusap perlahan rambutku.

"Yes mam!" balasku sambil bertabik.
.............................................................................
        Esoknya aku pergi ke kampus seperti biasa.Aku nekad,aku harus menjauhi Ewan walau sedalam mana pun cintaku terhadapnya kerana aku telah berjanji dengan Uncle Bad dan aku juga tidak mahu menjalin hubungan tanpa RESTU keluarganya terutamanya satu-satunya keluarga yang dia ada itu.

"
Good morning Ika. Awal hari ni kau datang kampus..?" tanya Hana lalu duduk di bangku panjang yang didudukiku.

"
Good morning. Saja nak datang awal.." jawabku sambil meneliti kertas kerja yang akan aku bentangkan sebentar nanti.
"Ika. Semalam Ewan ada call aku. Dia tanya kenapa kau tak jawab calling dia? Mesej dia pun kau tak balas. Aku ada tanya dia tapi dia tak cakap apa-apa pun. Kau gaduh dengan dia ke..?" soal Hana hairan.

"Emm. Hana. Nanti kalau dia tanya kau macam tu lagi. Kau cakap je yang aku
busy ya.." pesanku.

"Kau ni kenapa Ika? Aku tengok kau ni macam saja je nak larikan diri dari dia. Dia ada buat benda yang tak elok kat kau ke? Ke dia dah ada perempuan lain?" tanya Hana yang mula syak sesuatu terhadap perubahan sikapku itu.

"Tak ada la. Hana. aku nak pergi
library kejap. Nanti rehat kita jumpa lagi ya. Bye.." aku meninggalkan Hana dengan segera agar aku tidak dibanjiri lagi dengan soalan sebegitu.
.............................................................................
        Dua hari berlalu,aku masih cuba menjauhi Ewan dan sepanjang masa itu juga aku mula merinduinya.
"Ika..."

        Ewan muncul di hadapan pintu pagar rumahku setelah aku menjawab salamnya.Mama tiada di rumah kerana ke butik Aunty Suri manakala papa dan Abang Izat belum pulang dari tempat kerja lagi.

"Awak buat apa kat sini?" tanyaku setelah aku menghampirinya tanpa membuka pintu pagar yang dikunci dari dalam itu.

"Ika. Kenapa saya call awak tak jawab? Mesej saya pun awak tak balas. Saya risau awak tahu tak?" tanya Ewan yang jelas kelihatan benar-benar risaukan aku.
"Saya busy la.." Aku cuba memberi alasan tanpa melihat wajahnya kerana takut untuk bertentangan mata dengannya lagi.Pasti cair.

"Ika. Saya tahu ni mesti ada yang tak kena. Please tell me why..?" rayu Ewan bersungguh-sungguh.

"Ewan. Saya kata saya busy. Awak tak faham ke..?" kataku dengan sedikit nada kasar agar Ewan segera beredar dari situ.

"Ika. Ok! Saya nak jumpa awak malam ni?"

"Tak boleh"  jawabku ringkas.

"Kenapa..?" tanya Ewan lagi.

"Saya ada projek yang nak kena siap. Esok dah kena buat presentation dalam kelas so saya tak ada masa la nak keluar dengan awak.." aku memberinya alasan tapi sebenarnya aku sudah pun menyiapkan tugasan itu dari awal lagi.

"Habis? Bila saya boleh jumpa awak?" tanyanya perlahan.

"Saya tak tahu lagi.." jawabku bersahaja.

"Hmm. Tak apa la. Nanti bila awak
free. Awak call saya k? Ika. Kalau saya ada buat salah. Tolong beritahu saya. Jangan buat saya macam ni.." pinta Ewan atas perubahan sikapku itu.

"Kau tak salah Ewan..aku terpaksa.." mahu saja aku beritahu Ewan sebegitu tapi apakan daya. Aku tidak layak bergelar kekasih hatinya. Aku rasa amat serba salah kerana memperlakukan Ewan sedemikian tetapi bila difikirkan Uncle Bad, aku harus berbuat begitu walaupun tanpa relaku.

"Awak balik la. Tak manis orang tengok. Nanti apa pula jiran-jiran kat sini kata.."
        Aku meninggalkan Ewan sendirian di luar pagar tanpa menjawab soalannya.Malam itu aku menangisi sikapku terhadapnya dan ditimpa rasa bersalah.Teramat sangat.
.............................................................................
Tuk! Tuk!'
        Aku segera mengesat air mataku dan lantas turun dari katil untuk membuka pintu bilik.

"Adik. Jom turun!. Kak Su ada kat bawah tu.." kata Abang Izat.

"Kak Su?owh. Okey. Nanti adik turun ek!" balasku pura-pura tersenyum agar Abang Izat tidak menyedarinya.

"Okey. Cepat tau..!" balasnya tersenyum.

"Okey.."

        Aku segera turun ke tingkat bawah selepas membasuh muka untuk bertemu dengan Kak Suraya yang sedang duduk di meja makan.

"Kak Su. Bila sampai..?" tanyaku sambil bersalaman dengannya yang sedang duduk di meja makan.

"Owh akak baru je sampai tadi. Abg Iz kata mama Ika nak sangat jumpa akak. Berbulan-bulan juga akak tak datang rumah adik ni tapi akak singgah kejap je ni sebab nak pergi kerja balik lepas ni.." jawab Kak Suraya tersenyum memandangku.

"Owh.." anggukku faham.

"Ika. Mari tolong mama hidangkan makanan ni kejap.." panggil mama dari dapur.

"Kak Su. Ika pergi dapur kejap ek!" kataku.

"Okey.." balasnya faham.

        Aku menolong mama menghidangkan makanan dan kami makan bersama-sama dengan Kak Suraya. Papa seperti biasa,ada mesyuarat yang harus dihadirinya.
.............................................................................
        Selepas selesai sahaja makan,aku duduk menonton televisyen manakala Kak Suraya yang tadinya mahu menolong mama di dapur sementara menunggu Abang Izat bersiap dihalang mama lalu datang dan duduk di sebelahku.

"Adik. Akak tengok adik ni macam ada masalah je.. masalah dengan
bf ke..?" tanya Kak Suraya tersenyum.

"Eh. Tak ada la kak.." nafiku.

"Ala. Tak payah la nak berahsia-rahsia denngan akak. Abg Iz dah cerita pasal budak yang sekarang ni tengah berkawan dengan adik tu. Ewan kan nama dia..?" tanyanya lagi.

"Hem.." anggukku perlahan.

"Dia macamana orangnya..?"

"Dia baik. Dia pandai hormat mama dengan papa adik.." jawabku jujur.

"Em. Bagus la tu. Akak harap hubungan adik dengan dia akan berkekalan k..?" tambahnya lagi.

        Aku hanya mengangguk tersenyum kepuraan lagi. Harapan Kak Suraya itu mungkin tidak kesampaian.Fikirku.

"Su. Jom!" panggil Abang Izat yang mahu menghantar Kak Suraya ke tempat kerjanya kerana dia bekerja pada waktu malam.

"K la. Akak dah nak pergi kerja ni. Nanti senang-senang,datang la rumah akak. Kita boleh borak lama sikit.." pesan Kak Suraya sambil bangun.

"Baik la akak.." aku bersalaman dengannya dan berjalan bersama dengan mama yang muncul dari dapur.Kami menghantarnya sehingga ke kereta Abang Izat.

"Adik. Jaga rumah elok-elok tau! Jangan asyik ingat Ewan je.." gurau Abang Izat sebelum memandu keluar.
        Aku dan mama hanya tersenyum.Malam itu aku tiada rancangan. Ewan masih tidak mahu mengalah dari menelefonku.Aku teringat akan novel yang diberikan Ewan kepadaku tempoh hari lalu aku mengambilnya dari laci meja tulis.Aku membacanya sambil berbaring di atas katil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers