19 November 2009

~Bab 12 ~


       "Hai Hana. Pukul 10 ni kita ada raptai kompang tau!  Untuk majlis konvokesyen student yang nak grad tahun ni.." kataku cuba mengingatkan Hana kerana kami berdua terlibat sama dalam raptai tersebut.Majlis konvokesyen itu pula akan berlangsung pada waktu petang.

"A'ah la wey. Aku lupa la. Nasib baik kau ingatkan aku Ika. Kalau tak.. hmm.." kata Hana sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Tu la. Ni mesti banyak sangat fikir pasal Anif ni.." gurauku.

"Tak ada la..hmm..oh ya. Baru aku tahu. Mesti la kau ingat. Kan buah hati kau tu nak grad hari ni.." kata Hana yang juga mengetahui Ewan akan menamatkan pengajiannya pada hari ini.
     Aku hanya tersenyum dengan gurauan Hana itu kerana katanya ada benarnya juga.
.............................................................................
        Petang itu,kami dan ahli-ahli pasukan kompang yang lain memukul kompang menuruti langkah canselor naik ke atas pentas selepas selesai sahaja dendangan lagu tema universiti. Dari jauh aku melihat Ewan yang kelihatan segak memakai jubah dan menerima pengiktirafan. Selepas sahaja acara itu selesai, diteruskan pula dengan sesi bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan sepengajian.
        Aku pergi ke tempat yang dijanjikan Ewan sebelum majlis itu bermula lagi kerana kami ingin bergambar sebagai kenangan bersama.

        Aku terlihat Ewan bersendirian duduk di bangku yang terdapat di situ sambil membelek-belek sijil yang diterimanya tadi.Aku segera menghampirinya.

"Hai Ewan!. Okey senyum.." pintaku sambil mengambil gambarnya melalui telefon berkameraku. Ewan hanya tersenyum memandang lensa kamera.

"Okey nice..hmm.
Uncle Bad tak datang ke..?" tanyaku setelah duduk di sebelahnya sambil meneliti gambar yang aku tangkap itu lalu memindahkan ia ke dalam peti simpanan telefon bimbitku.

"Uncle Bad kata dia tak dapat datang. Dia ada urgent meeting hari ni.." jawab Ewan yang kelihatan sedikit hampa.
"Owh..hmm. Dah tangkap gambar kawan-kawan awak..?"
 "Dah. Baru je tadi. Sekarang mereka tangkap dengan family mereka pula.."

"Em. Ni. Tak nak tangkap gambar dengan saya ke...?" soalku tersenyum sambil merenungnya.

"Tentu la saya nak tangkap gambar dengan awak.Habis buat apa lagi saya tunggu awak kat sini en..?" balas Ewan.

"Owh. Yake awak tunggu saya? Bukan cewek-cewek yang ada kat sini ke?" usikku.

"Awak ni. Dah la. Jom!. Kita tangkap gambar sekali ya..?" ajak Ewan tersenyum.

"Eh. Jap-jap. Tunggu dulu!. Aku  Aku..?" tiba-tiba Hana muncul di hadapan kami berdua dalam keadaan tercungap-cungap.
"Hah ni kenapa lambat?" tanyaku kerana tadi aku ada memberitahu Hana supaya datang ke sini untuk bergambar bersama dengan Ewan.

"
Sorry la. Tadi aku sembang dengan Helen. Terlupa pula pasal korang.." jawab Hana tersengih.

"Owh. Patut la lambat.." balas Ewan tersenyum dengan gelagat Hana itu.

"Okey. Jom kita tangkap gambar sama-sama ya..!" kataku bingkas bangun.Kami bergambar bersama.
.............................................................................

        Petang itu,Ewan mengajak aku keluar untuk meraikan harinya sebagai seorang graduan yang memegang Diploma Kejuruteraan.

"Ika..em. Awak kan tahu lepas ni saya kena uruskan syarikat. S
o maybe saya sibuk sikit and tak dapat nak luangkan banyak masa dengan awak. So saya harap awak faham k!" kata Ewan ketika kami berjalan bersama melihat keindahan taman bunga yang berwarna-warni.

"Saya faham la awak. Saya tahu tanggungjawab awak dah semakin berat sekarang ni.." balasku yang faham keadaan Ewan itu.

"Terima kasih kerana memahami saya. Awak ni kan. Buat saya makin bertambah sayang la kat awak. Tau tak!?"

"Yela tu. Tapi kalau saya dapat tahu awak cuba main mata dengan perempuan kat syarikat awak tu. Siap la awak saya kerjakan.." gurauku dengan wajah yang serius.

"Saya bukan jenis macam tu la awak.." balas Ewan tersenyum dengan gelagatku itu.

        Kami pulang setelah puas berbual-bual.Mulai esok Ewan akan bekerja sebagai Ketua Pegawai Eksekutif atau
Chief Executive Officer (CEO) di Syarikat Mewah Holding.

.............................................................................
        Setibanya aku di rumah,aku terlihat kereta Aunty Suri berada di halaman.

"Assalamualaikum.." aku memberi salam setelah melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumusalam. Ha dah balik pun. Ika mari sini. Tengok siapa yang datang ni.." panggil mama tersenyum.

        Aunty Suri sedang duduk di ruang tamu bersama dengan mama.Aku lantas bersalaman dengannya dan meminta diri ke atas sebentar kerana ingin menukar pakaian.Aku lalu di hadapan pintu bilik Abang Izat yang terbuka sedikit membuatkan aku terdengar perbualan di antara dia dan Rizal.

"Aku dah agak. Kau mesti tak kan lupa punya
time tu bro. Habis comot muka dia kan..?" kata Abang Izat ketawa berdekah-dekah.

"Memang comot. Tapi cute juga la dia time tu.." balas Rizal yang sedang duduk di atas katil Abang Izat sambil memetik tali gitar kesayangannya.

"
Cute..??eh. Tolong la bro. Macam badut ada la. Tapi sekarang ni. Dia dah cantik sikit la and dia dah tak macam dulu tau. Sekarang lebih teruk. Orang kata lebih manja.. "
"Ya ke manja? Aku tengok hari tu masa dia datang rumah aku. Diam je. Aku tanya sepatah. Dia jawab sepatah.." balas Rizal tersenyum.

        Aku membiarkan mereka dari terus mengutukku walaupun di dalam hati rasa macam nak terjah masuk ke dalam bilik itu seperti Nas Ahmad dalam program
Melodi tetapi aku masih mempunyai kewarasan akal fikiran.
.............................................................................
        Selepas sahaja aku menyegarkan diri,aku segera turun ke bawah dan berbual-bual dengan Aunty Suri.Aku turut membantu mama menyediakan makan petang.

"Ika. Tolong panggilkan Abg Iz dengan Rizal turun. Kita dah boleh makan sama ni.." pinta mama setelah aku selesai menyediakan lauk-pauk di atas meja makan.

"Okey ma.." anggukku.

        Aku segera naik ke tingkat atas untuk memanggil Abang Izat dan Rizal.Belum sempat aku mengetuk pintu biliknya,aku terdengar suara merdu Rizal dengan alunan gitar yang dipetiknya.Kelihatan Rizal sedang mengalunkan suaranya sambil memejamkan mata dengan penuh penghayatan sementara Abang Izat hanya memerhati di sisinya.

        'Di dalam jaga ku tercari-cari..di dalam tidur termimpi-mimpi.. siapakah gadis misteri.. melambai dan terus menyepi..usah benarkan masa berlalu pergi.. cintamu oh gadis misteri .. adakah kekal dan abadi..'

        Rizal menyanyikan lagu balada yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Mega suatu ketika dahulu.

'Ehmm. Sedap juga suara kau ek!' detusku di dalam hati sambil tersenyum memandangnya.

"Eh adik!. Kenapa tercegat kat situ?" tiba-tiba Abang Izat menegur membuatkan aku terpinga-pinga.

"Owh. Mama. Mama panggil Abg Iz dengan Rizal turun makan.." jawabku segera.

"Owh..Rizal. Jom! Kita turun makan sama.." ajak Abang Izat sambil memandang Rizal yang sedang memandangku aneh.

"Okey.." kata Rizal sempat melemparkan senyuman kepadaku. Aku hanya membalas senyumannya itu dan segera berlalu turun.

        Kami makan bersama-sama tidak termasuk papa kerana dia terpaksa pulang lewat dari pejabat untuk menguruskan projek terbarunya.

        Selepas makan,mama dan
Aunty Suri berbual-bual pula di ruang tamu bersama dengan Abang Izat.Ketika aku sedang mencuci pinggan-mangkuk di ruang dapur, Rizal datang menyapaku.

"Em. Ika. Boleh saya minta segelas air suam?" tanya Rizal.

"Owh. Kejap ek." balasku lantas mengambil air suam lalu dihulurkan kepada Rizal yang sedia menanti.

"Terima kasih.."
"Sama-sama.." balasku lalu menyambung semula kerjaku.

        Rizal datang semakin dekat menghampiriku dan berada di tepiku sambil anak matanya memerhatikan kelakuanku.

"Err..Ika. Awak minat main futsal tak..?" tanya Rizal dengan tiba-tiba selepas menghirup sedikit air di dalam gelasnya.

"Futsal?em.. Tak.." gelengku tersenyum.Entah mengapa dia bertanyakan begitu.Mungkin sekadar memulakan bicara denganku.

"Owh. Awak minat main apa ya..?" tanyanya lagi.

"Hmm. Saya lebih suka main badminton.."

"Owh ya ke? Kadang-kadang saya suka main juga.."

"Owh. Bukan awak suka menyanyi ke..?" .

"Menyanyi..?" tanyanya semula.

"Hem. Tadi saya terdengar awak menyanyi. Sedap suara awak. Awak ada bakat yang terpendam.." bisikku tersenyum.

"Eh. Tak ada la. Tu suka-suka je.." balasnya dengan nada sedikit malu.

"
So siapa gadis misteri tu..?"

"Ahh..?" balasnya hairan.

"Gadis misteri.." ulangku.

"Owh tak ada la. Tu
just lirik lagu je la. Saya dari dulu memang suka lagu yang kumpulan Mega nyanyi.." jelasnya.

"Owh. Ingatkan ada maksud yang tersirat tadi. Sebab saya tengok awak menyanyi dengan penuh
feeling la.." usikku yang membuatkannya tertawa kecil.

        Aku berborak-borak dengannya lagi sehinggalah masa pantas berlalu. Mereka terpaksa pulang awal kerana
Aunty Suri akan menjaga butik pengantinnya esok.

1 ulasan:

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers