20 November 2009

~Bab 14~



        "Hai Ika.."  sapa Hana ketika aku sedang meneliti tugasan yang telah aku siapkan kelmarin untuk dihantar hari ini.

"Hai. Best kelmarin dapat tengok wayang dengan Anif..?" tanyaku tanpa memandangnya.

"Boleh la. Err.." jawab Hana bersahaja.

"Kenapa ni?Macam ada benda je kau nak beritahu aku ni.. ehm.. Jangan kata yang kau gaduh balik dengan Anif sudah la. Kan hari tu korang baru je baik balik.." kataku yang melihat Hana seperti ada sesuatu yang mahu diberitahu kepadaku.
 "Bukan pasal Anif la. Tapi.." balas Hana seakan serba salah.

"Tapi? Tapi apa..?" tanyaku lagi setelah pandang wajahnya.

"Ewan..."

"Ewan?Kenapa pula dengan Ewan..?" tanyaku pelik.

"Kelmarin. Lepas aku habis tengok wayang dengan Anif tu. Aku ada terserempak dengan dia kat sebuah kafe.." jawabnya perlahan.

"Owh ya? Dia tengah buat apa..?" tanyaku tersenyum.

"Tengah makan.."

"Owh. Dia tengah lunch la tu.." tekaku.
"Ya. But with somebody.." tambah Hana.

"
Who..?"

"Em. Kau ingat tak perempuan yang sembang dengan korang berdua masa
birthday party aku last month tu..?" tanya Hana.

"Zila..?" tekaku kerana sedar hanya dengan Zila sahaja perempuan yang aku dan Ewan berbual pada malam itu.

"Zi..la..
or  Zi..whatever la. Mesra je aku tengok. Aku ingat nak tegur dia. Tapi bila aku tengok perempuan tu ada sekali. Jadi malas la pula.." balas Hana seakan geram.

"Hmm.Tak ada apa-apa la Hana. M
aybe mereka terjumpa kat mana-mana kot. Lagipun aku tahu. Mereka berdua tu dulu best friend. Lama tak jumpa. Kau ni. Jangan fikir yang bukan-bukan la.." kataku yang tidak mahu menuduh Ewan sebarangan.

"Tapi aku tengok Zila naik kereta dengan dia. Mesra semacam je aku tengok minah tu.." tambah Hana lagi dengan mimikan mukanya.

        Aku hanya mendiamkan diri.Aku tidak boleh membiarkan diri ditangkap curiga terhadap cinta yang telah Ewan berikan kepadaku.

.............................................................................
        Malam itu,kebetulan Ewan mengajak aku keluar makan di tempat biasa.

"Hmm. Kelmarin. Awak pergi mana..?" soalku perlahan ketika kami sedang menjamah makanan yang dipesan.

"Kelmarin?em. Saya kat
office la. Kenapa awak..?" tanya Ewan pelik sambil mengunyah nasi goreng kampung kegemarannya.

"Hana kata. Dia ternampak awak dengan Zila. L
unch together. Betul ke..?" tanyaku untuk mendapatkan kepastian dari kata-kata Hana itu.

"Oh ya. S
orry. Saya lupa nak cerita kat awak pasal dia. A'ah we lunch together. We discuss about bussiness. Papa Zila bussiness partner syarikat arwah papa saya tau!. Saya sendiri pun tak tahu tentang tu. Terkejut juga la saya masa Uncle Bad perkenalkan kami berdua.." jelas Ewan.

"Owh I see. Sampai naik kereta pun berdua ke..?" tanyaku lagi.

"Kebetulan pula kereta dia rosak. Jadi saya tumpangkan dia. Sekaligus tolong hantarkan dia balik la.."
"Hem. Kebetulan.." anggukku sambil berfikir kesahihan kata-katanya itu.

Aku terlihat Ewan tersenyum dengan tiba-tiba.

"Kenapa awak senyum?" tanyaku hairan dengan kelakuannya itu.

"Tak. Awak.."

"Saya apa..?" tanyaku pantas.

"Awak jealous.." jawab Ewan sambil tertawa kecil.

"
Jealous? Saya jealous?Ish.. Mana ada!.." nafiku sedangkan perasaan itu memang wujud dalam diriku sejak dari pagi tadi lagi.

"Kalau ada pun. Saya tak kisah. Saya lebih suka.." tambah Ewan lagi.

"
What?Kenapa awak cakap macam tu pula?"tanyaku hairan.

"Yela. Orang selalu cakap. Kalau orang tu
jealous that's mean dia sayang. So awak jealouskan saya dengan Zila. Maknanya awak sayang saya la.." jawab Ewan tersenyum lucu.

"Awak ni. Suka gurau macam tu tau!.." aku tarik muka.
"Okey. Sorry sorry. Tapi Ika percaya la. Saya hanya cintakan awak seorang saja dalam dunia ni. Saya tak akan pernah berlaku curang pada awak. Never ever.. and sekarang.n Saya mengaku yang Zila tu ex-girlfriend saya. Saya pernah mencintai dia. Tapi tu semua kisah dulu. Saya dah lama lupakan dia. Sekarang di hati saya ni. Hanya tertulis nama awak saja Ika. Hanya awak.." jelas Ewan lagi sambil memegang dada.

        Aku terdiam dengan ungkapannya itu.Aku lega apabila Ewan telah menjelaskannya.Rupanya Zila bukan sahaja kawan sekolahnya tetapi pernah menjadi kekasihnya juga.

............................................................................
        Esoknya aku keluar mmbeli-belah bersama Hana kerana kami jarang keluar bersama maklum sajalah kami berdua kan sudah ada buah hati, masing-masing kini bertambah sibuk.

        Ketika aku sedang asyik memilih pakaian dengan Hana..

"Hey Ika.." sapa Rizal tersenyum.

"Rizal..?" aku terkejut melihat Rizal berada di hadapanku.

"Ika. Siapa ni..?" soal Hana yang belum mengenali Rizal lagi.

"Hana. Ni Rizal. Anak kawan mama aku
and kawan lama aku juga tau!" aku memperkenalkan Rizal kepada Hana.

"Owh. Hai. Saya Hana.." kata Hana tersenyum.

"Rizal..em. Y
ou guys shooping ke..?" tanya Rizal sambil memandang kami berdua.

"A'ah. Biasa la orang perempuan. Awak..?" tanyaku pula.

"Saya cari barang yang mama pesan ni.." jawabnya sambil mengangkat beg plastik yang dipegang.

"Owh.." anggukku faham.
"Okey la. Saya terpaksa pergi dulu. Nanti marah pula mama saya kat rumah tu.."

"Okey. Nanti kirim salam saya kat
Aunty Suri tau!" balasku.

"Insyaallah.Okey
bye. Bye Hana.." ucap Rizal sebelum meninggalkan kami.

"
Bye.." balas kami berdua serentak.

"Ika. H
andsomenya. Tak pernah cerita kat aku pun. Dressing dia pun dah macam anak orang kaya.." kata Hana setelah Rizal hilang dari pandangan.

"Sorry la. Aku lupa nak cerita kat kau pasal dia. Dia tu anak kawan lama mama aku. Dulu mereka tinggal kat KL tapi sekarang mereka dah
decide nak tinggal terus kat sini.." jelasku mengenai Rizal sambil membelek-belek pakaian yang terdapat di situ.

"Hmm. Aku tengok. Dia macam minat kat kau je.." kata Hana bersahaja.

"Eh tak ada la. Kami kawan je la. Kau ni.." nafiku.Aku tidak memberitahu Hana tentang luahan perasaan Rizal itu kerana tiada gunanya.Fikirku.

"Owh. Tapi aku tengok kan. Dia
handsome lagi dari Ewan.." tambahnya lagi.

"Hana. Apa kau ni? Kau nak
try ek..?"

"Em. W
hy not..?" balas Hana dengan senyuman sinisnya.

"Ha. Yela tu. Nanti aku
report kat Anif baru kau tau!" kataku cuba mengugutnya.

"Ala. Aku gurau je la. Tak kan tak boleh kot. Ni cepat la. Aku nak pergi tengok kat sana pula. Cantik la
handbeg tu.." kata Hana sambil menunding jari ke arah kedai yang berada di hujung tempat kami berdiri itu.

"Kau ni. Okey okey la.." gelengku tersenyum.

.............................................................................
        Kami meneruskan kegiatan kami yang menjadi kegilaan setiap insan yang bergelar wanita itu.Tiba-tiba semasa dalam perjalanan pulang setelah aku menghantar Hana ke rumahnya, telefon bimbitku berdering.Aku lantas memasang handsfree di telingaku agar aku dapat menjawab panggilan tersebut walaupun dalam keadaan sedang memandu.
“Hello assalamualaikum.." jawabku tanpa sempat melihat skrin telefon bimbit kerana terlalu menumpukan perhatian di hadapan jalan.

"Hello Ika. Ni Uncle Bad. Unclenya Ewan.." kata Uncle Bad membuatkan aku hairan dari mana dia mendapat nombor telefonku.Mungkin dari Ewan. Fikirku.

"Owh uncle. Kenapa uncle call Ika ni? Ada apa-apa yang boleh Ika tolong ke..?" tanyaku perlahan.

"Macam ni Ika. Uncle ada hal penting yang nak uncle bincang dengan Ika. Tentang Ewan.." jawab Uncle Bad dengan nada serius.

"Ewan? Kenapa dengan Ewan
uncle..?" tanyaku lagi yang mula rasa risau.

"Boleh kita jumpa sekarang?"

"Emm. Okey la.." jawabku yang tidak sabar mengetahui tujuan
Uncle Bad mahu bertemu denganku itu.
        Aku lantas membuat pusingan U dan pergi berjumpa dengan Uncle Bad di tempat yang telah ditetapkannya tanpa banyak bicara untuk mengetahui perkara yang hendak diberitahunya kepadaku tentang Ewan.Aku harap perkara itu hanyalah perkara yang biasa saja.

2 ulasan:

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers