18 November 2009

~Bab 9~



           "Awak. awak nak tau tak?Family saya jemput awak datang rumah tau. Mereka nak kenal dengan awak.." kataku kepada Ewan ketika kami rehat bersama sementara menunggu Hana yang belum keluar dari kelasnya lagi.

"So. Mereka dah tahu la pasal saya. I mean pasal kita..?" tanya Ewan.

"Ya. Mama yang beritahu papa.."

"Bagus la kalau macam tu. Tak payah la lagi kita nak berahsia-rahsia kan?Lebih senang la saya nak jumpa dengan awak lepas ni.." kata Ewan tersenyum manis.

"Emm. Tapi nanti la saya bawa awak jumpa dengan family saya tu ya..?”
"Okey. Tapi awak pun kena la datang rumah saya juga.. cause Uncle Bad saya tu. Teringin sangat nak jumpa awak. Semalam pun dia ada tanya bila saya nak bawa awak jumpa dengan dia.." tambah Ewan lagi.

"Insyaallah. Tapi saya takut la awak. Segan pun ada juga.." jawabku yang agak sedikit rasa gementar untuk bertemu dengan pak ngah Ewan itu.

"Nak takut apa? Pak ngah saya tu bukan singa yang macam soalan IQ awak tu la.." perli Ewan sambil tertawa kecil.

"Hai korang! Sorry I'am late. Ni tengah borak pasal siapa ni?  Mesti pasal aku kan? Korang kutuk aku ek..?!" tiba-tiba Hana muncul membuatkan perbualan kami terhenti.

"Tak ada la Hana. Saya ingat nak ajak Ika jumpa dengan pak ngah saya kalau ada masa nanti.." jelas Ewan tersenyum kalih pandang Hana.

"Owh. Ha macam tu la baru
we call. Gentleman and responsible person.." kata Hana dalam nada ceria setelah duduk.

"Yela tu. Ni ceria semacam je ni. Dah baik dengan Anif la tu.."kataku yang tahu apa yang membuatkannya ceria.

"Err. Macam tu la. Semalam dia dah pujuk aku.." jawab Hana tersengih.

"Patut ler.."

"
So nanti Ewan. lepas kenal-kenal. Boleh la awak hantar rombongan meminang Cik Ika ni sekali ya.." kata Hana sambil memandang Ewan.

"Hana..!" jeritku perlahan.Mereka hanya ketawa.

        Kami masuk ke dalam kelas masing-masing selepas sahaja masa rehat berlalu.

.............................................................................
        Hari yang kami rancang bersama tiba.Ewan datang ke rumahku segak berpakaian seperti biasa. Lebih kurang dua minggu juga baru aku membuat keputusan bersedia untuk membawa Ewan bertemu dengan keluargaku.

"Jemput la makan Ewan. Mak cik ada masak nasi goreng kampung. Ika kata ni makanan kesukaan kamu.." pelawa mama setelah Ewan duduk bersama-sama dengan kami sekeluarga untuk makan malam.

"Terima kasih mak cik.." ucap Ewan sambil tersenyum padaku yang duduk di kerusi berhadapan denganku.

"
So Ewan. Lepas tamat pengajian nanti. Nak sambung lagi ke..?" soal papa yang dari tadi hanya memerhatikan kelakuan Ewan sementara menunggu mama melayannya.

"Tak pak cik. Pak ngah Ewan nak Ewan uruskan syarikat peninggalan arwah papa tu.." jawab Ewan dengan penuh sopan.

"Emm. Bagus la tu. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Betul tak..?" balas papa yang jelas terpancar yang dia mula menyukai perangai dan tingkah laku Ewan.

Ewan mengangguk setuju.

"Ewan. Ika banyak cerita pasal kamu. Pasal keluarga kamu. Mak cik bersimpati dengan apa yang dah terjadi ke atas kamu Ewan.." kata mama perlahan sambil menuangkan air jus oren ke dalam gelasan minuman Ewan.Aku telah menceritakan kepada mereka tentang kisah kehidupan Ewan yang menyayatkan hati itu.

"Tak apa la mak cik. Ewan tahu. Apa yang berlaku pada Ewan ni. Ada hikmah di sebaliknya.." balas Ewan tenang.

"Hem. Macam tu la. Susah nak cari anak muda macam kamu ni Ewan. Sekarang macam-macam kes. Merempit la..itu la ini la. Semuanya salahkan keluarga. Padahal mereka tak tahu. Sikap mereka sendiri la yang buat mereka jadi macam tu.." celah papa.

"So Ewan. Cerita la sikit. Apa yang specialnya adik Abg Iz ni kat mata Ewan tu..?" sampuk Abang Iz dengan tiba-tiba tersenyum membuatkan aku tunduk malu.Abang Izat sengaja ingin mengusikku.

"Saya cintakan dia Abg Iz. Dia tak macam perempuan lain yang saya pernah kenal sebelum ni. Saya harap perhubungan kami berdua ni direstui oleh pak cik,mak cik dan Abang Iz sendiri. Saya janji saya akan jaga Ika dengan baik dan saya tak kan pernah sia-siakan hidup dia.." jawab Ewan ikhlas menyentuh perasaanku.

        Selepas itu,keluargaku bertanyakan mengenai pelajaran dan keluarganya lagi.Ewan jujur menjawabnya.Aku senang melihat kelakuan Ewan yang menghormati kedua orang tuaku itu.
........................................................................... Selepas selesai sahaja makan malam,papa meminta Ewan ke ruang tamu untuk berbual-bual dengannya.Aku dan mama mengemas dapur bersama-sama manakala Abang Izat keluar sebentar kerana ingin berjumpa dengan kawannya.

"Ika. Mama tengok Ewan tu baik orangnya ya.." puji mama sambil mengelap meja dapur yang kotor manakala aku memcuci pinggan-mangkuk di sinki.

"Hem. Dia memang baik orangnya mama.." balasku tersenyum senang hati kerana mama telah mula memujinya.

"Hmm. Apa la yang dibualkan papa tu dengan dia ya..?" kata mama sambil mengintai-intai ke arah ruang tamu dan berlalu ke sana setelah kerjanya selesai.

Selepas beberapa minit..
        Aku mambawa talam berisi piring buah-buahan untuk dijadikan sebagai pencuci mulut di ruang tamu. Mereka hanya memerhatikan kelakuanku tidak terkecuali Ewan.Tersenyum manis merenungku.
"Ewan. Makan la sikit buah tu.." pinta mama.

"Terima kasih mak cik.." angguk Ewan tersenyum.

"Err. Pak cik. Boleh tak kalau Ewan nak minta izin nak bawa Ika ke rumah Ewan malam ni? Sebab pak ngah Ewan tu teringin sangat nak jumpa dengan Ika. Tadi pun dia ada pesan. Suruh bawa Ika datang rumah lepas habis makan malam kat sini.." Ewan meminta izin dari papa untuk membawa aku bertemu dengan Uncle Bad.

"Eh! Boleh. Pak cik benarkan. Pak cik tahu kamu ni baik orangnya. Ika. Pergi la bersiap. Nanti kat sana jaga sikit kelakuan kamu tu ya.." nasihat papa kepadaku.Aku mengangguk faham.

"Jangan la risau pak cik. Ewan tahu. Ika ni pandai ambil hati orang tua.." Ewan masih memujiku.Aku tersenyum memandangnya lalu naik ke bilik untuk bersiap pergi ke rumahnya.
.............................................................................
        Ewan membawa aku ke rumahnya yang tersergam indah bak istana itu.Rumahnya yang agak besar membuatkan aku terasa agak kekok juga untuk masuk ke dalam isi rumahnya.

"Awak duduk la dulu ya. Saya panggilkan
Uncle Bad kejap!" pinta Ewan tersenyum ketika kami berjalan menuju ke ruang tamu.
        Aku mengangguk faham lalu duduk di atas sofanya yang lembut.

"Mak Som.
Uncle Bad mana..?" tanya Ewan kepada seorang wanita tua yang muncul di hadapannya.

"Ada kat atas. Siapa tu Ewan..?" bisik Mak Som setelah memandangku.

"Ika. Kenalkan ni Mak Som. Pembantu rumah kat sini sejak saya kecil lagi tapi saya dah anggap Mak Som macam mak kandung saya sendiri. Mak Som. Ni la Ika.." Ewan memperkenalkan kami berdua.
Aku lantas bangun semula dan bersalaman dengannya.

"Owh. Jadi ni la Ika yang selalu Ewan cerita kat Mak Som tu ya..?" kata Mak Som tersenyum.

"Ya.emm. Mak Som tolong buatkan air untuk Ika ya. Ewan nak panggilkan
Uncle Bad kejap!" pinta Ewan sebelum menaiki anak tangga untuk ke tingkat atas.

"Baik la. Nak Mak Som tolong panggilkan
Uncle Bad ke..?" tanya Mak Som.
"Tak apa Mak Som. Biar Ewan yang panggilkan ya.." geleng Ewan manja. Mereka berdua memang kelihatan sangat rapat seperti anak dan ibu.

"Baik la. Duduk la dulu Cik Ika ya. Nanti Mak Som buatkan air.." pinta Mak Som tersenyum.

"Terima kasih Mak Som.." ucapku sambil duduk sebelum dia berlalu ke dapur. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers